~~ HeBaTNyA UkhUwAh FiLLaH~~
"Dalam kesakitan teruji kesabaran..dalam perjuangan teruji keimanan. Dalam ukhuwah teruji keikhlasan..dalam tawaqal teruji ketaqwaan. Dalam kerinduan teruji kesetiaan.. dan hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka.. Fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..itulah kehebatan ukhuwah fillah.."
SaBaR~~
Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.
~~HaWa~~
Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
~~SeCeBiS dOa~~
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yg Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai dan masukkanlah daku dgn limpah rahmatMu dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh....Ameen...
~~MaSaLaH~~
Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri. Kadang2 dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang2 mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki....
amin.
PELAJAR NU KEDIRI
Selasa, 14 Desember 2010
Puisi Untuk Anak
Langganan:
Postingan (Atom)